Tempahan Dan Bayaran Pendahuluan
Bayaran Penuh
Bayaran Tempahan Untuk Bilik Perseorangan
Bayaran Bagi Kanak-Kanak
Kos Pakej Termasuk
Kos Pakej Tidak Termasuk
Elaun Percuma Barang
Bayaran Balik
Pertukaran
Pembatalan
Dokumen Perjalanan
Keterangan Pasport Dan Visa
TEMPAHAN DAN BAYARAN PENDAHULUAN
Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 30 hari sebelum hari berlepas bagi Semenanjung Malaysia, Sarawak, Sabah dan Singapura. Manakala dari Brunei pula, tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 35 hari sebelum hari berlepas. Wang pendahuluan (deposit) sebanyak RM/S$/B$300 seorang perlu dibayar setelah tempahan disahkan.Tempahan boleh dibuat melalui wakil agen gabungan pelancungan konsortium anda atau pejabat Penerbangan Malaysia.
BAYARAN PENUH
Bayaran sepenuhnya hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 21 hari sebelum berlepas bagi Semenanjung Malaysia, Sarawak, Sabah dan Singapura. Bagi Brunei pula, bayaran ialah 30 hari sebelum hari berlepas.
BAYARAN TEMPAHAN UNTUK BILIK PERSEORANGAN
Hendaklah dibuat apabila seseorang memilih untuk melancong bersendirian ataupun disebabkan keadaan.
BAYARAN BAGI KANAK-KANAK
Kanak-kanak berumur 2-12 tahun boleh diterima tertakluk kepada kelulusan visa.
Kanak-kanak berumur:
-
bawah 2 tahun dikenakan tambang penerbangan sahaja.
-
3-5 tahun tidak akan dikenakan tambang pakej Umrah, sekiranya tidak guna katil tambahan, tetapi perlu membayar tambang penerbangan. Hanya terhad kepada 2 orarg kanak-kanak sahaja.
-
6 - 12 tahun akan dikenakan 80% dari harga pakej Umrah untuk dewasa.
KOS PAKEJ TERMASUK
Penerbangan Kelas Ekonomi pergi balik
Pengangkutan pergi balik seperti tercatat dalam aturcara
Tempat penginapan yang selesa
Sarapan (S), makan tenganari (T) dan makan malam (M) seperti dalam aturcara
Khidmat seorang Mutawif fasih berbahasa Melayu dan Arab
Pengangkutan barang semasa tiba dan berlepas di setiap destinasi seperti dalam aturcara
Insurans perjalanan
KOS PAKEJ TIDAK TERMASUK
Dobi
Barang melebihi had berat 30 kilo
Makan minum selain yang tercatat dalam aturcara
Cukai lapangan terbang
Bayaran telegram dan panggilan telefbn
Wang upah dan belanja persendirian
ELAUN PERCUMA BARANG
Setiap penumpang dibenarkan membawa barang tidak melebihi 30 kilo. Jika lebih, bayaran akan dikenakan menurut kadar biasa.
BAYARAN BALIK
Bayaran balik tidak diberikan jika sebarang perjalanan, makanan atau perkhidmatan lain yang disediakan tidak digunakan.
PERTUKARAN
Para jemaah tidak dibenarkan membuat sebarang penukaran tempat penginapan, aturcara dan lain-lain sebagaimana yang telah ditetapkan semasa berada di Arab Saudi.
PEMBATALAN
Jika terdapat sebarang pembatalan, bayaran pendahuluan tidak akan dikembalikan.
DOKUMEN PERJALANAN
Pasport antarabangsa serta surat akuan kesihatan sebagai bukti anda telah
diberi suntikan "meningitis" adalah perlu semasa membuat permohonan visa.
KETERANGAN PASPORT DAN VISA
Pasport Antarabangsa
Tamat tempoh 6 bulan dari tarikh perjalanan
Masih ada muka surat untuk cop visa
Sediakan 2 keping gambar untuk permohonan visa.Gambar adalah berukuran 6cm
x 4cm
dengan latar belakang putih.Fokus muka adalah 4cm x 3cm.
Salinan surat nikah bagi jemaah yang pergi bersama suami/isteri.
|