Haji
| Haji Mabrur | Falsafah
Haji | Adab Haji | Sejarah
Haji | Kurafat
| ADAB-ADAB SEBELUM MENUNAIKAN FARDHU HAJI
|
 |
Setiap amalan yang baik akan menjadi lebih sempurna
dan diterima oleh Allah SWT, jika dilakukan mengikut adab-adab tertentu. Dalam mengerjakan Haji, ulama
telah menggariskan beberapa adab sebelum menunaikan Haji yang perlu dipatuhi bagi
membolehkan seseorang itu mendapat Haji yang mabrur. Antaranya sebagaimana senarai di bawah :-
Niat Yang Ikhlas
Ikhlas di dalam niat adalah asas penerimaan segala ibadat. Firman Allah yang bermaksud :
" Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap tetap teguh di atas Tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat dan demikian itulah agama yang
benar " Dan Sabda Rasulullah S.A.W daripada Saidina Omar
bin Al-Khattab yang bermaksud: " Setiap amalan adalah bergantung kepada niat dan seseorang itu akan menerima ganjaran mengikut niatnya".
Ikhlas makna membersihkan jiwa yang hendak
menghampiri Allah dari segala campuran yang terdorong kepadanya oleh nafsu yang riak yang mana
amalan untuk mendekatkan diri dengan Allah apabila bercampur dengan riak atau lain-lainnya daripada sifat
keji maka amalan itu terkeluar daripada ikhlas. Al-Fudhoil bin Ayyadh pernah ditanya tentang amalan
yang dimakbulkan Allah, beliau menjawab iaitu yang ikhlas dan betul. Ditanya lagi, apakah yang ikhlas dan
betul itu, beliau menjawab sesungguhnya amalan itu bila ia ikhlas dan tiada betul tiada diterima dan apabila
betul tetapi tidak ikhlas juga tiada diterima
sehinggalah ia ikhlas dan betul. Yang ikhlas dan betul itu ialah semata-mata kerana Allah dan mengikut
sunnah.
Kembali
ke atas
Bertaubat Dari Segala Dosa Dan Kezaliman
Apabila seseorang itu berazam hendak menunaikan haji, ia hendaklah bersungguh-sungguh bertaubat dari
segala maksiat dan segala yang dibenci oleh syarak dan berterusan taubatnya serta disertai dengan
istighfar dan meninggalkan segala perbuatan zalim
terhadap hamba-hamba Allah. Menjelaskan segala yang boleh segala hutang-hutangnya, mengembalikan
segala amanah yang ada di tangannya, meminta halal dari orang yang ia berurusan dengan mereka dan
sahabat handainya, menulis wasiat samada yang bersangkut dengan hak-hak Allah mahupun dengan
hak-hak hamba dan dipersaksikan wasiat itu dan mewakilkan untuk ditunaikan hutangnya dan
membekalkan belanja untuk keluarga dan orang-orang yang di bawah tanggungannya yang mencukupi
sehingga masa kepulangannya.
Kembali
ke atas
Mencari Keredhaan
Berusaha untuk mencapai keredhaan kedua ibubapa, kaum kerabat dan guru-guru. Jika ia seorang isteri
hendaklah ia mendapatkan keredaan suaminya dan kaum kerabatnya. Bagi suami disunatkan mengerjakan
haji bersama-sama isterinya. Jika seseorang itu ditegah oleh salah seseorang ibubapanya dari
mengerjakan haji, hendaklah dilihat jika ditegah dari
mengerjakan haji fardhu maka tegahannya itu tidak perlu dihiraukan kerana ibubapanya sudah melakukan
maksiat dengan tegahannya itu. Apabila ia berihram bapanya tidak boleh memaksanya bertahallul dari
ihramnya. Walaubagaimana pun jika haji itu haji tatawwu' (sunat ) tiada harus baginya berihram dan
jika ia berihram harus bagi bapanya memaksanya bertahallul mengikut qaul yang saheh. Adapun
suaminya berhak menghalangnya dari mengerjakan haji fardhu mengikut qaul yang azhar kecuali di
didalam beberapa keadaan kerana hak suami terhadap isteri itu segera, manakala menunaikan haji fardhu
tiada dengan segera.
Kembali
ke atas
Punca Perbelanjaan
Wang perjalanannya hendaklah daripada sumber yang halal yang tiada subahat kepadanya. Jika ia
mengerjakan haji dengan wang yang haram, hajinya sah pada zahir tetapi ia tidak akan menjadi haji mabrur.
Jauh dari diterima oleh Allah. ini adalah menurut Imam Shafie, Malik dan Abu Hanifah dan Jumhur Ulamak
salaf dan khalaf tetapi di sisi Imam Ahmad bin Hambal tiada sah hajinya dengan harta yang haram.
Kembali
ke atas
Bekalan Yang Lebih
Disunatkan berbekal dengan bekalan dan perbelanjaan yang lebih bagi tujuan membantu orang-orang yang
berhajat kepada bantuan dan hendaklah bekalan itu dari barang-barang yang bermutu baik dan halal serta
diniatkan dengan ikhlas. Firman Allah yang bermaksud:
" Wahai orang-orang beriman belanjakanlah ( pada jalan Allah ) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya. ( Lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat)".
Kembali
ke atas
Menjauhi Tawar Menawar
Sunat menjauhi tawar menawar yang berlebih-lebihan ketika membeli barang-barang untuk keperluan haji
bagi dirinya demikian juga barang-barang yang hendak dibuat kebajikan dengannya untuk mendekatkan diri
kepada Allah.
Kembali
ke atas
Tidak Bersekutu Bekalan Dan Perbelanjaan
Tidak digalakkan bersekutu di dalam perbelanjaan kerana bersekutu itu boleh menghalang seseorang itu
melakukan berbagai-bagai kebajikan sekalipun diizinkan oleh rakan sekutunya tetapi tidak dapat
dipercayai sejauhmana keredhaannya. Jika kedua-duanya bersetuju membuat kebajikan, maka
disunatkan masing-masing menggunakan di bawah kadar haknya.
Adapun berhimpun, makan beramai-ramai, bergilir-gilir
belanja makan adalah baik dan elok. Seseorang itu dibolehkan memakan lebih banyak dari rakan-rakannya
jika ia percaya atau ada pada zatnya yang rakan-rakannya tidak menghalang. Jika tidak
hendaklah makan mengikut keadaan habuannya.
Kembali
ke atas
Mencari Rakan Dan Teman
Eloklah kita mendapatkan rakan-rakan, teman yang sesuai yang cenderung kepada kebajikan dan
bencikan kejahatan. Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: " Sebaik-baik rakan ialah bila kita lupa ia mengingatkan dan bila kita ingat ia membantu "
Amatlah baik sekiranya rakan-rakan itu dari golongan orang-orang yang berilmu ( Ulama ) kerana ia sangat
membantu ke arah melakukan berbagai-bagai kebajikan dan berakhlak mulia dan dengan ilmu dan
amalannya, ia dapat mencegah rakannya dari keburukan yang boleh berlaku daripada seseorang
musafir iaitu perangai-perangai yang tidak baik seperti
tidak sabar, keluh kesah dan sebagainya. Seseorang itu hendaklah memelihara keredhaan
rakannya, bersabar di atas kesilapan yang berlaku dan masing-masing memandang yang lainnya lebih baik
dan lebih hormat dari dirinya. Sekiranya berlaku perselisihan yang berlarutan di antara keduanya dan
tiada harapan untuk diperbetulkan, maka hendaklah
disegerakan perpisahan dengan cara yang baik kerana perpisahan yang demikian itu lebih menyelamatkan
kedua pihak dari melakukan perkara-perkara yang meletakkan amalan haji jauh dari dapat diterima oleh
Allah.
Kembali
ke atas
Sembahyang Sunat Musafir
Apabila seseorang hendak meninggalkan rumah dan bermusafir, disunat menunaikan dua rakaat
sembahyang sunat musafir. Niat sembahyang sunat musafir ialah " Sahaja aku sembahyang sunat musafir
dua rakaat kerana Allah Taala". Dibaca pada rakaat
pertama selepas Al-Fatihah, Surah Al-Kafirun dan rakaat kedua selepas Fatihah, Surah Al-Ikhlas.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W : " Tiada yang lebih baik yang ditinggalkan oleh
seseorang kepada keluarganya selain dari dua rakaat sembahyang yang dilakukan di sisi mereka ketika hendak bermusafir".
Disunatkan membaca ayat Kursi dan Surah Al-Quraisy
selepas salam kerana di samping berkat Al-Quran pada tiap-tiap suatu dan pada sebarang waktu terdapat
perkataan-perkataan Assalafussoleh seperti Mafthumnya: " Sesiapa yang membaca ayat Kursi ketika keluar dari rumahnya, tiada menimpa ke atasnya sesuatu yang
tidak disukai sehingga ia pulang dari ibadat hajinya". Terdapat juga perkataan Assalafussoleh berkenaan
dengan membaca Surah Al-Quraisy iaitu maksudnya : " Sesiapa yang hendak bermusafir dan ia merasai takut kepada seteru atau binatang buas, maka bacalah Surah Al-Quraisy. sesungguhnya ia mengamankan dari sebarang keburukan. Kemudian berdoa memohon kebaikan dunia dan akhirat. Pertolongan dan taufik di dalam perjalanannya".
Mengucap Selamat Tinggal
Sunat mengucap selamat tinggal kepada keluarga, jiran dan kawan-kawan kerana telah sabit bahawa
Rasulullah S.A.W apabila hendak musafir, baginda pergi menemui sahabatnya dan memberi salam
kepada mereka dan apabila pulang mereka ( sahabat-sahabat ) pula datang menemuinya dengan
mengucapkan salam kepada baginda. Orang hendak musafir mendatangi kerana ia yang
hendak berpisah dan orang yang pulang didatangi untuk diucap tahniah dan selamat pulang. Yang hendak
bermusafir dan yang mengucapkan selamat berangkat masing-masing saling berdoa di antara
mereka.
Kembali
ke atas
Tidak Berlebih-Lebihan Di Dalam Sebarang Keadaan
Menjauhi kekenyangan yang berlebih-lebihan dan berhias-hiasan, tiada mempelbagaikan makan
minum, berurusan dengan lemah-lembut sekalipun dengan khadam dan orang suruhan. Tiada
bersikap kasar lebih-lebih lagi terhadap peminta bantuan sedekah dan seumpamanya. Menjauhi
perkelahian, pertengkaran, dan berpusu-pusu dengan manusia yang ramai di mana jua. Memelihara
dari percakapan yang kotor, maki-hamun, mengumpat serta mengata. Sentiasa mengingati sabda
Rasulullah S.A.W. Maksudnya : " Tiada mengeji orang yang berjalan tanpa bekalan bahkan mereka bersimpati dengannya dan membantunya sekadar yang boleh atau menolaknya dengan baik dan berdoa untuknya "
Berdoa Di Dalam Perjalanan
Sunat membanyakkan berdoa sepanjang masa perjalanannya untuk dirinya, dua ibubapanya, para
kaum kerabat dan sekalian orang muslimin. Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya : " Tiga permohonan yang diterima oleh Allah iaitu doa orang yang dizalimi, doa orang musafir dan doa dua ibubapa terhadap anaknya".
Kembali
ke atas
Sentiasa Di Dalam Kebersihan
Berkekalan di dalam thaharah atau pun bersuci dan sentiasa memelihara sembahyang dan orang
yang bermusafir juga diharuskan mengqasar atau menjamakkan sembahyangnya jika mencukupi
syarat-syaratnya.
Kembali
ke atas
Mempelajari Kafiat Mengerjakan Haji
Akhirnya apabila seseorang itu berazam menunaikan fardhu Haji, hendaklah ia mempelajari
khafiatnya iaitu segala rukun-rukun, syarat-syarat, wajib-wajib dan yang haram di dalam ihram dan
yang merosakkan. Ini adalah fardhu ain. Tidak sah ibadat mereka yang tiada mengetahuinya. Sunat
dibawa bersama kitab yang menerangkan amalan haji dan selalu membacanya kerana dibimbangi
berlaku kesilapan atau ketinggalan syarat atau rukun atau umpamanya yang boleh merosakkan
ibadat haji dan umrahnya. Ada orang yang terikut-ikut di dalam mengerjakan ibadah haji ini dengan
orang-orang yang disangkakan mengerti dalam perkara ibadat haji itu seperti sebahagian
penduduk-penduduk Makkah, padahal mereka juga tiada mengerti maka ia jadi tertipu dan akibatnya
hajinya tidak diterima.
Kembali
ke atas
|