|
|
Haji
| Haji Mabrur | Falsafah
Haji | Adab Haji | Sejarah
Haji | Kurafat
| PANDUAN
HAJI
|
 |
PERSEDIAN
DI RUMAH |
SEBELUM
BERANGKAT |
DI
KOMPLEKS HAJI/LAPANGAN TERBANG |DI
DALAM PESAWAT |
JIKA
TERUS KE MAKKAH |
KETIBAAN
DI JEDDAH
|URUSAN
KETIBAAN DI MAKKAH |
MENYEMPURNAKAN
IBADAH HAJI DAN UMRAH |
PERINGATAN
SEMASA BERADA DI MAKKAH |
PERSEDIAAN
UNTUK BERANGKAT KE ARAFAH |
URUSAN
DI ARAFAH |
URUSAN
DI MUZDALIFAH |
URUSAN
DI MINA |
SELEPAS
WUKUF-MAKKAH |
PERSEDIAAN
MENINGGALKAN KOTA SUCI MAKKAH (BERANGKAT KE MADINAH) |
PERJALANAN
DARI MAKKAH |
MADINAH
: URUSAN TEMPAT TINGGAL (KETIBAAN)
|
MADINAH
: URUSAN ZIARAH
|
PERSEDIAAN
MENINGGALKAN KOTA SUCI MADINAH (BERANGKAT KE JEDDAH) |
KETIBAAN
DAN MALAPORKAN DIRI DI JEDDAH |
KETIBAAN
DI MALAYSIA DAN URUSAN KELUAR DARI TERMINAL LAPANGAN TERBANG KLIA |
LAIN
- LAIN HAL
PERSEDIAN
DI RUMAH Urusan
:Persediaan sebelum berangkat ke tanah suci
-
Dapatkan
maklumat yang terawal dari pihak penganjur.
-
Jaga
kesihatan dan tidur secukupnya.
-
Sediakan
perbelanjaan yang secukupnya. Beg pakaian suami/isteri berasingan.
-
Tulis
perkara berikut pada beg iaitu nama dan alamat lengkap di Malaysia,
nombor telefon dan nombor penerbangan.
-
Sediakan
perbelanjaan yang secukupnya. Tukar sedikit wang Saudi Riyal. Anggaran
SAR 250.00 selebihnya boleh ditukar di Arab Saudi.
-
Jemaah
hajai yang mengidap penyakit tertentu dan perlu ubatan istimewa atau
peralatan khas hendaklah membawanya sendiri beserta surat doktor.
Kembali
ke atas
SEBELUM
BERANGKAT
-
Pastikan
setiap jemaah telah menerima suntikan Meningitis/Influenza.
-
Pastikan
membawa barang 0 barang keperluan mengikut lama mana tinggal di Tanah
Suci.
-
Jangan
membawa barangan yang dilarang.
-
Jika
ada barang - barang tajam, sila simpan di dalam beg besar. Ianya tidak
boleh dibawa ke dalam kapal terbang.
-
Sembahyang
Sunat Musafir di rumah sebelum berangkat dan berdoa.
-
Bagi
mereka yang datang dari luar Kuala Lumpur dengan menggunakan pesawat
dalam negeri, pihak Tabung Haji ada menyediakan kaunter pendaftaran di
Lapangan Terbang.
-
Jemaah
akan dibawa dengan bas ke Kompleks Tabung Haji.
Kembali
ke atas
DI
KOMPLEKS HAJI/LAPANGAN TERBANG
Sila
tempatkan kesemua barang - barang dan berkumpul di satu tempat seperti
mana yang diarahkan oleh pihak Tabung Haji dan syarikat
-
Dengar
taklimat yang diberikan.
-
Ikut
arahan dan panduan yang diarahkan.
-
Bawa
kesemua beg dan beratur di tempat urusan Daftar Masuk (Check -In).
-
Para
jemaah akan diberikan bilik penginaapn untuk berehat dan solat.
-
Sila
pakai ihram bagi bakal Haji yang akan meneruskan perjalanan terus ke
Makkah
-
Berkumpul
di Dewan dan para jemaah akan dibeerikan taklimat ringkas oleh pihak
Tabung Haji.
-
Simpan
passport, tiket dan buku kesihatan di dalam beg sandang.
-
Berbaris
di dalam kumpulan yang diberikan. Menaiki bas untuk menuju ke lapangan
terbang.
-
Menaiki
pesawat.
Kembali
ke atas
DI
DALAM PESAWAT
-
Dapatkan
tempat duduk mengikut nombor masing - masing. Jika mahu bertukar
tempat duduk, minta keizinan dari tuan punya tempat.
-
Ikuti
arahan dan dengar penerangan dari anak - anak kapal, mengenai
keselamatan dalam pesawat.
-
Jangan
bangun dari tempat duduk jika tidak perlu dan sentiasa memakai tali
pinggang semasa berada di tempat duduk.
Kembali
ke atas
JIKA
TERUS KE MAKKAH
-
Berniat
ihram untuk Haji/Umrah (Miqat qarnul Manazil) bagi jemaah haji yang
perjalanannya terus ke Makkah dan bertalbiah.
-
Anak
- anak kapal akan membuat pengumuman sebelum kita berada di kawasan
miqat.
-
Sentiasa
tenang dan berehat serta perbanyakkan berzikir.
-
Jemaah
Haji yang berihram, jangan mengambil sapu tangan yang ada wangian
untuk lap tangan/muka jika disediakan oleh pihak penerbangan.
-
Jika
tidak tahu menggunakan tandas dalam pesawat, sila bertanya kepada anak
- anak kapal. Jimatkan penggunaan air dan jangan tumpahkan air di
lantai kapal terbang untuk tujuan keselamatan.
-
Jika
terlibat waktu sembahyang dalam penerbangan lakukan sembahyang darurat
atau sembahyang isyarat.
-
Jangan
tinggalkan sembahyang.
Kembali
ke atas
KETIBAAN
DI JEDDAH
-
Setelah
kapal terbang mendarat, jangan bangun daripada tempat duduk, sebelum
arahan diberikan.
-
Beratur
ketika turun daripada pesawat.
-
Berkumpul
di satu tempat, ikut arahan dari pegawai bertugas.
-
Sembahyang
fardhu jika ada waktu dan keadaan mengizinkan.
-
Pegang
passport masing - masing.
-
Masuk
ke ruang pemeriksaan Imigresen, secara teratur. Urusan ini agak
perlahan, harap bersabar.
-
Serah
passport kepada pegawai Imigresen untuk dicopkan.
-
Terima
kembali pasport berkenaan.
-
Pastikan
jemaah mengambil beg masing - masing.
-
Pergi
ke kaunter pemeriksaan kastam, buka beg jika disuruh.
-
Bawa
beg dari kaunter kastam ke pintu keluar.
-
Wakil
Badan Perkhidmatan Haji Arab Saudi (United Agent) akan menunggu ketibaan
anda dan akan diberikan tiket bas.
-
Bagi
tujuan pengenalan, sila pakai lencana/tag nama.
-
Serah
beg pakaian kepada wakil kami untuk dimasukkan ke dalam bas (tempat
simpanan barang)
-
Beg
galas dan barang keperluan perlu dibawa sendiri ke dalam bas, terutamanya yang
mengandungi passport dan wang.
-
Jangan
bawa barang berharga ke dalam tandas.
-
Jangan
merayau-rayau ke dalam terminal, dikhuatiri sesat.
-
Naiklah
bas yang disediakan mengikut nombor bas dan kumpulan yang disediakan.
Jangan berpecah dari kumpulan.
-
Jangan
berebut - rebut semasa menaiki bas.
Kembali
ke atas
URUSAN
KETIBAAN DI MAKKAH
-
Apabila
sampai di Makkah, tunggu arahan daripada pegawai bertugas.
-
Pastikan
barang -barang atau beg jangan tertinggal di dalam bas.
-
Ikuti
arahan pegawai bertugas tentang tempat penginapan.
-
Tunggu
di lobi untuk urusan pembahagian bilik.
-
Bawa
sendiri beg galas dan bag yang mempunyai barang penting .
-
Berehat
dahulu di dalam bilik, tunggu arahan selanjutnya.
Kembali
ke atas
MENYEMPURNAKAN
IBADAH HAJI DAN UMRAH
-
Terima
maklumat lanjut untuk ke Masjidil Haram. Ambil wuduk sebelum ke
masjid. Berkumpul di lobi.
-
Bergerak
secara berkumpulan ke masjid. (Mutawif akan bersama anda)
-
Sempurnakan
Tawaf Qudum (jika melaksanakn Haji Ifrad) dan boleh laksanakan Sa'ei
Haji (tanpa bercukur/bergunting).
-
Sempurnakan
Rukun Umrah - Tawaf, Sa'ei, bercukur/bergunting (jika laksanakan Haji
Tamattuk).
-
Uncang
kasut boleh dibawa ke dalam masjid dan pastikan tidak terkena najis.
Kembali
ke atas
PERINGATAN
SEMASA BERADA DI MAKKAH
-
Jemaah
haji wanita hendaklah sentiasa menutup aurat dan ditemani
mahram/keluarga apabila keluar dari tempat penginapan (berkumpulan).
-
Sentiasa
menjaga kesihatan. Banyakkan minum air.
-
Jimatkan
penggunaan air.
-
Pastikan
bilik dikunci, anak kunci simpan di kaunter.
-
Sentiasa
memupuk persefahaman di antara satu sama lain.
-
Jika
menghadapi masalah, maklumkan kepad apegawai bertugas.
-
Jemaah
wanita yang tidak ke Masjid, jangan tinggal bersendirian.
-
Selalu
mengadakan majlis dialog antara sesama jemaah.
-
Laporkan
kepada pegawai bertugas jika terdapat kerosakan peralatan elektrik.
Jangan cuba baiki sendiri.
-
Sentiasa
beriktikaf di dalam masjid.
-
Banyakkan
beristighfar dan membaca Al-Quran.
Kembali
ke atas
PERSEDIAAN
UNTUK BERANGKAT KE ARAFAH.
-
Dapatkan
maklumat perjalanan untuk ke Arafah dari poster pengumuman yang
dipamerkan di lobi dan setiap tingkat.
-
Beli
makanan ringan untuk ke Arafah seperti biskut dan buah - buahan.
-
Sediakan
pakaian untuk 4 hari di Arafh dan Mina dan sedikit wang untuk perjalanan.
Gunakan beg yang sederhana saiznya untuk dibawa ke Arafah. Jangan di
bawa bag yang bersaiz besar kerana tempoh berada di Arafah hanyalah
satu hari.
-
Beg
besar hendaklah dikunci dan ditinggalkan di bilik masing - masing.
-
Bawa
barang - barang seperti buku doa, Quran kecil, tasbih, gunting, uncang dan sejadah.
-
Jemaah
tidak dibenarkan sama sekali membawa dapur gas/dapur elektrik.
-
Jika
melaksanakan haji tamattuk, mandi sunat ihram, memakai pakaian ihram,
solat sunat sebelum berangkat.
-
Kunci
bilik dan turun dengan membawa barang - barang sendiri.
-
Tunggu
di lobi sehingga arahan menaiki bas dibuat.
-
Naiklah
bas yang telah ditentukan, janganlah berebut semasa menaiki bas.
-
Lazimnya
waktu jemaah haji berangkat ke Arafah ialah semasa menaiki bas.
-
Bertalbiah
dalam perjalanan.
-
Sehari
sebelum hari wukuf, tidak digalakkan ke masjid dalam cuaca panas terik
kerana dikhuatiri jatuh sakit.
-
Tidak
digalakkan mengerjakan umrah sunat 2 hari sebelum hari wukuf bagi
tujuan menyimpan tenaga.
-
Jarak
dari Makkah ke Arafah 21.9 km (perjalanan kadangkala memakan masa 4
hingga 7 jam kerana kesesakan).
Kembali
ke atas
URUSAN
DI ARAFAH
SEBELUM
TIBA HARI WUKUF, ELOKLAH MEMBUAT LAWATAN KE ARAFAH, JIKA MEMPUNYAI
KELAPANGAN.
-
Sediakan
sedikit makanan dan minuman sebelum berangkat ke Arafah.
-
Apabila
tiba di kawasan khemah, masuklah ke dalam khemah yang telah
diperuntukkan.
-
Keadaan
khemah adalah kurang selesa dan sempit, harap bersabar dan dapat
bertolak ansur sesama jemaah.
-
Jemaah
lelaki dan perempuan tinggal dalam khemah yang berasingan.
-
Muatan
setiap khemah anggaran 10 - 12 orang.
-
Berehatlah
di dalam khemah masing - masing dengan perbanyakkan
bertalbiah,berzikir,membaca Al-Quran,solah,doa dan sebagainya.
-
Makanan
dan minuman akan diedarkan oleh pegawai bertugas, jangan berebut-rebut
dan jangan ambil makanan sendiri di tempat sajian kerana ia akan
melambatkan urusan pengedaran.
-
Hadir
di tempat yang disediakan untuk solah berjemaah dan mendengar ceramah.
-
Guru
agama akan mengetuai zikir dan ibadat.
-
Laksanakan
qiamullail pada malam 9 Zulhijjah (akan dikendalikan oleh Guru Agama).
-
Dengar
khutbah Arafah sebelum wukuf.
-
Waktu
wukuf bermula dari gelincir matahari (zohor)pada 9 Zulhijjah hingga
terbit fajar 10 Zulhijjah. (Walaupun sekejap saja, wukuf dalam tempoh
itu dikira sah).Banyakkan zikir, berjemaah zohor bersama - sama imam.
-
Jangan
dedahkan diri dalam cuaca panas dan sentiasa berada dalam khemah.Suhu
di Arafah melebihi 40 darjah celcius dan ke atas pada musim tertentu.
-
Jangan
merayau - rayau di luar khemah dan tidak digalakkan pergi ke Jabal
Rahmah.
-
Jangan
langgar pantang larang dalam ihram (sentiasa menutup aurat).
-
Jimatkan
penggunaan air serta gunakan tandas dengan sempurna.
-
Dengar
pengumuman untuk berangkat ke Muzdalifah/Mina, dan kemas barang -
barang sendiri (keberangkatan biasanya selepas waktu Isya').
-
Kelewatan
bas pasti terjadi akibat dari kesesakan.
-
Naik
bas dengan tenang dan jangan berebut - rebut. Pastikan suami/isteri
dalam satu bas.
-
Perjalanan
ke Mudzalifah/Mina mengambil masa yang lama, ini disebabkan oleh
kesesakan, kerosakan dan sekatan trafik.
-
Kadang
- kadang bas tidak berhenti di Muzdalifah atas sebab keselamatan.
-
Bersabar
dalam menghadapi keadaan tidak selesa sepanjang perjalanan, banyakkan
berzikir dan bertalbiah.
-
Ingat
nombor bas yang dinaiki.
-
Jika
bas rosak, mungkin perjalanan tergendala dan terpaksa berjalan kaki.
Kembali
ke atas
URUSAN
DI MUZDALIFAH Jika
bas sampai awal di Muzdalifah,jemaah diwajibkan menunggu sehingga selepas
tengah malam (wajib haji). Sembahyanglah sunat 2 rakaat dan berdoa jika
mempunyai masa. (Tanda sempadan ada terpampang di tepi jalan dalam bahasa
Arab/Inggeris.
-
Turun
dari bas untuk mengutip anak batu dengan membawa lampu suluh dan
uncang (sunat mengutip 7 biji anak batu sahaja).
-
Naik
semula ke atas bas asal. Pastikan jumlah jemaah haji di dalam bas
mencukupi sebelum bas bertolak ke Mina.
-
Bermalam
(mabit) di Muzdalifah dikira berada walau sesaat selepas tengah
malam10 zulhijjah.
-
Teruskan
bertalbiah dan bertakbir semasa dalam perjalanan ke Mina.
-
Jemaah
haji yang uzur tidak perlu mengutip batu kerana dikhuatiri sesat.
-
Ada
kemungkinan bas tidak dapat berhenti di Muzdalifah(untuk mengutip
batu) kerana kesesakan dan keselamatan. Jemaah boleh mengutip batu di
Mina.
-
Jangan
lupa solat subuh sebelum habis waktu, jika tiada air boleh
bertayyamum.
Kembali
ke atas
URUSAN
DI MINA
-
Biasanya
jemaah haji Pakej ditempatkan di Mina.
-
Masuklah
ke khemah yang telah ditetapkan dan berehat. Jemaah lelaki/perempuan
tinggal berasingan. Muatan setiap khemah 8-10 orang.
-
Pihak
Muassasah akan mengedarkan makanan.
-
Dengar
pengumuman untuk melontar Jamratul Aqabah.(Biasanya waktu malam
selepas solat isya'),berjalan kaki sejauh 2 km.
-
Keluar
dalam satu kumpulan untuk pergi melontar dengan dipandu/dibimbing oleh
para petugas.
-
Ikut
arahan oleh pegawai bertugas. Elakkan pertengkaran dengan petugas,
sila beri kerjasama kepada mereka.
-
Pastikan
tempat berkumpul semula selepas melontar (ikut benddera).
-
Bercukur/bergunting(Tahallul
Awal)selepas melontar.
-
Balik
ke khemah dalam kumpulan yang sama. Jangan berpecah dari kumpulan.
-
Tanggalkan
pakaian ihram dan pakai pakaian biasa, jaga pantang larang yang ada.
-
Berehat
di khemah dengan bertakbir,bertalbiah,berdoa,berzikir,solat sunat dan
sebagainya sebanyak-banyaknya.
-
Jimatkan
air dan gunakan tandas dengan sempurna.
-
Jemaah
tidak digalakkan berulang - alik di Mina ke Makkah, kerana dikhuatiri
penat, jatuh sakit dan tidak sempat bermalam dengan secukupnya di Mina
(Wajib Haji).
-
Sempurnakan
lontaran ketiga - tiga Jumrah pada 11,12,13 Zulhijjah disamping wajib
bermalam di Mina.
-
Jemaah
haji yang mendakwa uzur hendaklah merujukkepada Guru Agama terlebih
dahulu, sebelum mewakilkan lontaran kepada orang lain.
-
Berkemas
dan bersedia untuk balik ke Makkah pada 13 Zulhijjah. Bawa semua
barang - barang sendiri dan naik bas apabila diarahkan oleh pegawai
bertugas.
-
Apabila
tiba di Makkah turunkan semua barang - barang yang ada dalam bas.
-
Bagi
yang membuat Nafar Awal, pihak pengurusan tidak menyediakan kenderaan,
urusan untuk balik dari Mina ke Makkah hendaklah diuruskan sendiri.
Kembali
ke atas
SELEPAS
WUKUF-MAKKAH
-
Jemaah
Haji boleh meninggalkan Mina selepas melontar kali terakhir pada 13
Zulhijjah.
-
Apabila
tiba dari Mina,turun dari bas. Turunkan semua barang - barang yang ada
di dalam bas dengan membantu mereka yang kurang sihat walaupun bukan
kepunyaan sendiri.
-
Bawa
barang - barang sendiri ke bilik masing - masing dan berehatlah.
-
Sempurnakan
baki - baki rukun Haji (Tawaf /Saie)pada hari/masa yang sesuai,
sebelum berangkat ke Madinah.
-
Sempurnakan
umrah (bagi jemaah haji yang melaksanakan Haji Ifrad0
-
Boleh
membuat umrah sunat berkali - kali asalkan menjaga
kesihatan/keselamatan.
-
Jelaskan
Dam kerana melanggar pantang larang dalam ihram (jika ada).Sila rujuk
kepada Guru Agama.
-
Berada
di Makkah sehingga hari berangkat ke Madinah.
Kembali
ke atas
PERSEDIAAN
MENINGGALKAN KOTA SUCI MAKKAH (BERANGKAT KE MADINAH)
-
Dapatkan
maklumat berangkat ke Madinah dari poster yang dipamerkan oleh
petugas.
-
Kemas
barang - barang dan sediakan sedikit bekalan untuk perjalanan.
-
Tentukan
rukun /Wajib Haji/Umrah telah dilaksanakan dengan sempurna dan
pastikan bayaran dam telah dilaksanakan.
-
Turunkan
kesemua barang - barang sendiri ke lobi hotel.Jangan lupa tulis nama
dan ikat dengan kemas.
-
Sempurnakan
Tawaf Wida'dan terus balik semula untuk menaiki bas.
-
Tunggu
di Lobi sehingga barang - barang di angkut ke bas dan naiklah bas
mengikut apa yang telah ditentukan.
Kembali
ke atas
PERJALANAN
DARI MAKKAH
-
Perjalanan
ke Madinah mengambil masa 5 - 7 jam (450 km)
-
Banyakkan
zikir /selawat (ke Madinah).
-
Bekerjasama
dalam kumpulan dan mengikut arahan pegawai bertugas.
-
Pastikan
menaiki bas yang betulselepas berhenti rehat di pertengahan jalan.
-
Pemeriksaan
passport yang dipegang oleh pemandu akan dibuat di Ambariyah
(Madinah).
-
Jangan
lupa mendirikan solat di tempat berhenti jika melibatkan waktu
sembahyang.
-
Ketika
berhenti di kedai makan pada pertengahan jalan, pilihlah makanan yang
bersesuaian bagi mengelakkan kemudharatan.
Kembali
ke atas
MADINAH
: URUSAN TEMPAT TINGGAL (KETIBAAN)
-
Apabila
memasuki Kota Madinah, berdoalah dan perbanyakkanlah zikir dan
selawat.
-
Tunggu
arahan dari pegawai bertugas.
-
Turunkan
barang - barang dari bas dan pastikan jangan ada yang tertinggal.
-
Jemaah
akan dibawa ke tempat penginapan.
-
Tunggu
dilobi untuk mendapat kan bilik. Harap bersabar.
-
Bawa
beg masing - masing ke dalam bilik.
-
Jika
berlaku kehilangan barang/beg, maklumkan kepada pegawai bertugas.
-
Berehat
dahulu di dalam bilik sehingga pegawai beertugas memberi taklimat.
-
Perhatikan
lokasi antara tempat penginapann dengan masjid, pastikan petunjuk atau
tanda - tanda seperti bangunan, papan iklan dan lain - lain bagi
mengelakkan tersesat.
-
Jaga
kebersihan sebaiknya. Elakkan diri daripada berpanas. Jemaah haji yang
sakit boleh mendapatkan rawatan di klinik -klinik swasta atau
kerajaan. Sila maklumkan kepada pegawai bertugas terlebih dahulu.
-
Sentiasa
memakai lencana pengenalan diri.
-
Jangan
membawa wang tunai yang banyak ke dalam masjid dan sewaktu ziarah.
-
Sentiasa
membaca maklumat yang dipamerkan atau rujuk kepada pegawai bertugas
mengenai perkara - perkara berikut:
MADINAH
: URUSAN ZIARAH
-
Dapatkan
maklumat mengenai tarikh dan masa ziarah dari pegawai bertugas, atau
poster yang akan dimaklumkan di setiap tingkat dan lobi.
-
Ziarah
Dalam - Menziarahi makam Rasulullah S.A.W, Saidina Abu Bakar R.A,
Saidina Umar R.A di dalam Masjid Nabawi dan Perkuburan
Baqi'.Seterusnya solat dua rakaat di Raudhah. Ziarah Luar - Melawat
tempat bersejarah seperti Masjid Quba, Jabal Uhud, Masjid Qiblatain,
Masjid Tujuh dan Pasar Tamar.
-
Berkumpul
di hadapan bangunan / tempat yang diarahkan pada masa yang ditetapkan.
-
Waktu
ziarah Masjid Nabawi bagi jemaah wanita pada jam 7.00 pagi hingga
10.00 pagi.
-
Jemaah
hendaklah menepati masa semasa ziarah khususnya ziarah luar.
-
Bergerak
secara berkumpulan.
-
Ziarah
akan dibawa oleh seorang pembimbing.
-
Bila
sampai di tempat yang diziarahi, ikut arahan pegawai bertugas.
-
Jika
terdapat jemaah yang hilang, laporkan kepada pegawai bertugas.
Kembali
ke atas
PERSEDIAAN
MENINGGALKAN KOTA SUCI MADINAH (BERANGKAT KE JEDDAH)
-
Dapatkan
maklumat untuk berangkat ke Jeddah dari poster yang di pamerkan.
-
Kemaskan
barang - barang dan sediakan sedikit bekalan dalam perjalanan.
-
Pastikan
tidak membawa balik baki batu lontaran ke Tanah air.
-
Pastikan
berat barang - barang tidak melebihi 30 kg bagi setiap jemaah.
-
Turunkan
kesemua barang - barang kepunyaan sendiri ke lobi sepertimana
diarahkan.
-
Pastikan
kesemua barang - barang dan beg diikat kemas/tulis nama dan alamat
dengan terang dan jelas.
-
Sempurnakan
Ziarah Wida' di Makam Rasulullah S.A.W dan terus balik semula untuk
urusan menaiki bas.
-
Barang
- barang akan diangkut dan dinaikkan ke atas bas.
-
Tunggu
di lobi sehingga bas datang. Diharap bersabar.
-
Naik
bas mengikut kumpulan dengan cara berbaris dan jangan berebut - rebut.
-
Dengar
taklimat akhir sebelum berangkat ke Jeddah.
Kembali
ke atas
KETIBAAN
DAN MALAPORKAN DIRI DI JEDDAH.
-
Tiba
di lapangan terbang Jeddah 6 jam atau lebih awal.
-
Turunkan
sendiri barang - barang kecil.
-
Barang-barang
/beg besar akan diuruskan oleh petugas.
-
Bawa
beg /barangan kecil dengan troli ke tempat rehat.
-
Urusan
check-in akan dilakukan oleh pegawai bertugas.
-
Pastikan
semua jemaah menerima boarding pass. Selepas menerimanya masuklah ke
pintu masuk terminal dengan berbaris. Jangan berebut -rebut.
-
Serah
passport di kaunter Imigresen, terima semula passport dan simpan dalam
beg sandang.
-
Berehat
di Dewan Berlepas, solat jamak boleh dilakukan dalam Dewan Berlepas
(tertakluk kepada waktu solat).
-
Setiap
lebihan 1 kg dari 30 kg dikenakan bayaran SR 30.00 (tidak tetap)dan
tidak melebihi 10 kg tambahan.
Kembali
ke atas
KETIBAAN
DI MALAYSIA DAN URUSAN KELUAR DARI TERMINAL LAPANGAN TERBANG KLIA.
-
Tiba
di KLIA dan beratu turun dari pesawat.
-
Serah
passport di kaunter Imigresen untuk pemeriksaan.
-
Tunggu
di tempat beg/barang dikeluarkan.
-
Ambil
semua beg/barang - barang sendiri/air zam - zam.Pastikan kesemua
barang - barang telah diambil sebelum ke tempat pemeriksaan kastam.
-
Keluar
dari terminal dan pulang ke destinasi masing - masing.
-
Bagi
jemaah yang akan pulang ke destinasi masing - masing dengan pesawat
dalam negeri, sila naik ke aras 5 KLIA dan pergi ke kaunter dua
bersama tiket penerbangan domestik untuk urusan daftar penerbangan.
Pegawai syarikat dan pihak Tabung Haji ada bersama untuk membantu
anda.
Kembali
ke atas
LAIN
- LAIN HAL
-
Semua
jemaah haji mempunyai petugas masing - masing yang ditugaskan oleh
pihak syarikat dari mula pergerakan ke Tanah Suci sehingga balik ke
Malaysia.
-
Sila
berhubung dengan petugas jika memerlukan sebarang bantuan, khidmat
nasihat, bimbingan atau penyelesaian masalah berkaitan ibadat
(muamalat) dan kebajikan.
-
Maklumat
yang tercatat adalah tertakluk pada pindaan.
Kembali
ke atas
|