HAJI

Agensi Pengembaraan Asari Murni Sdn Bhd adalah sebuah agensi perlancongan yang telah diluluskan oleh Lembaga Tabung Haji (LTH) untuk membawa dan mengendalikan perkhidmatan haji secara swasta (TH Swasta) bagi Musim Haji 1422H/2002M. Asari Murni telah berpengalaman menguruskan urusan haji secara swasta dan konsortium sejak 16 tahun yang lalu.

Bagi Musim Haji 1422H/2002M yang akan datang, Asari Murni kan meneruskan pengendalian jemaah haji secara swasta. InsyaAllah pihak kami yakin dengan pengalaman yang mantap, sokongan kakitangan dan petugas yang berdedikasi di tanah air dan tanah suci, akan menyumbang khidmat yang terbaik kepada para Tetamu Allah.

Bagi bakal-bakal tetamu Allah, sila hubungi kami dengan segera kerana pendaftaran hanya dibuka sehingga 30 September 2001.

 

HARGA PERKHIDMATAN
  1. Tambang kelas ekonomi pergi/balik KUL/JED/KUL tidak termasuk penerbangan dalam negeri.
  2. Bayaran paspot haji/cukai lapangan terbang.
  3. bayaran perkhidmatan kepada pihak berkuasa Arab Saudi (Muassasah, Nagabah dan lain-lain).
  4. Tempat penginapan berhawa dingin di Tanah Suci kecuali di Arafah dan Mina.
  5. Makan/Minum semasa berada di Tanah Suci.
  6. Pengangkutan di Tanah Suci Jeddah/Makkah/Mas'aril Haram/Madinah/Jeddah.
  7. Ziarah ke tempat-tempat bersejarah di Makkah dan Madinah.
  8. Taklimat dan kursus haji di Malaysia dan di Tanah Suci.
  9. Mutawif Melayu yang fasih berbahasa Arab.
  10. Barang hadiah - i) Beg Perjalanan (kecil), ii) Lencana nama/sticker

 

PAKEJ
KOD KHIDMAT  HARGA SEORANG (RM) MAKKAH MADINAH ARAFAH MINA
ASR 01  12,400 8 orang sebilik katil setingkat bilik air khas 8 orang sebilik katil setingkat bilik air khas  Khemah Khemah Air Cooler
ASR 02 12,600  6-7 orang sebilik katil setingkat bilik air khas 6-7 orang sebilik katil setingkat bilik air khas Khemah Khemah Air Cooler
ASR 03 12,980 4-5 orang sebilik katil setingkat bilik air khas 4-5 orang sebilik katil setingkat bilik air khas Khemah Khemah Air Cooler
ASR 04 14,990 3 orang sebilik katil setingkat bilik air khas 3 orang sebilik katil setingkat bilik air khas Khemah Khemah Air Cooler
ASR 05  18,590 2 orang sebilik katil setingkat bilik air khas 2 orang sebilik katil setingkat bilik air khas Khemah Khemah Air Cooler

 

PENDAFTARAN
  1. Telah membuat pendaftaran haji di kaunter LTH berhampiran dan layak untuk menunaikan haji bagi Musim Haji 1422H/2002M.
  2. Mengisi borang pendaftaran haji agensi perlancongan dan borang JH/PHP/07
  3. 5 keping gambar ukuran paspot 3.0sm x 3.8 sm.
  4. Mengemukakan sesalinan kad pengenalan bagi yang berumur lebih 55 tahun.
BAYARAN
  1. Wang deposit RM1,000 semasa membuat pendaftaran
  2. Baki wang hendaklah dijelaskan sebelum 31 Disember 2001.
  3. Bayaran balik tidak akan diberi jika sebarang perjalanan, makanan atau lain-lain perkhidmatan yang telah disediakan tidak digunakan.
CARA BAYARAN
Pembayaran hendaklah dibuat dengan cek berpalang/draf bank atau kiriman wang atas nama AGENSI PENGEMBARAAN ASARI MURNI SDN BHD. Semua bayaran secara tunai hendaklah dibuat terus ke pejabat Asari Murni. Resit rasmi akan dikeluarkan.

 

MAKAN MINUM
Masakan "ala melayu" 3 kali sehari secara berselerak (buffet) serta minuman panas dan sejuk disediakan 24 jam.

 

PENGINAPAN
Makkah    - Jawharat Firdous, As-Syamiah atau setaraf
Madinah   - Al-Anwar Palace, Al-Unabia atau setaraf

Nota : Tempat penginapan adalah berdekatan dengan Masjidil Haram / Nabawi. Tidak melebihi 250 meter.

 

PENERBANGAN
Semua jemaah haji akan dibawa masuk terus ke Makkah dan pergerakan ke Madinah di buat selepas Wukuf. Jadual penerbangan biasanya di antara 30-35 hari tertakluk kepada pengesahan "charter" LTH.

 

KENDERAAN
Bas-bas berhawa dingin akan digunakan sebagaimana yang ditentukan oleh oihak Nagabah / kerajaan Arab Saudi. Jadual perjalanan bas biasanya tidak menepati kehendak kerana tertakluk kepada keadaan semasa musim haji yang penuh sesak.

 

BAYARAN LEBIHAN BERAT BARANG
Bayaran tambahan akan dikenakan bagi jemaah yang membawa barang yang lebih dari kadar yang telah ditetapkan oleh pihak penerbangan.

 

PEMBATALAN
Wang pendahuluan tidak akan dikembalikan bagi mereka yang membatalkan pendaftaran kecuali atas sebab sakit tenat, kematian atau lain-lain sebab yangtidak dapat dielakkan. Kos yang telah dibayar akan ditolak dari wang pendahuluan tersebut.

 

TANGGUNGJAWAB
Agensi perlancongan tidak akan bertanggungjawab ke atas perkara-perkara "force majure" seperti bencana alam, banjir, peperangan, kebakaran, rusuhan, ribut, gempa bumi atau apa-apa yang berlaku bukan dalam kawalan dan kuasa pihak syarikat.