| Hari |
Aturcara Umrah dan Ziarah |
| 1 |
KUALA LUMPUR / KAHERAH |
|
Anda di minta berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA ) 03 jam
sebelum berlepas ke Kaherah. Setelah anda tiba di Kaherah anda akan dibawa ke hotel untuk
daftar masuk dan berehat. Selepas sarapan pagi di hotel, anda akan di bawa melawat ke
Piramid , Sphinx dan Lembah Kuil. Berehat seketika, kemudian lawatan diteruskan ke
Kilang Papyrus dan Minyak Wangi. Anda akan melalui kawasan perkampungan Shakarra,
untuk melihat sejarah dan tamadun purba. Balik semula ke hotel.
|
| 2 |
KAHERAH / ALEXANDRIA / KAHERAH |
|
Selepas sarapan pagi di hotel, anda akan menaiki bas untuk ke Alexandria. Melawat ke Istana Raja Farouk dan Taman Montazah yang sungguh cantik amat menyegarkan. Meneruskan lawatan ke Morsi Abu El Abbas , Maqam Nabi Daniel , Maqam Loqman Al Hakim dan lawatan ke Pentas Roman. Lawatan ke Bibliotheca Alexandrian. Akan melalui kubu Teluk Qait sewaktu pulang ke Kaherah. |
| 3 |
KAHERAH |
| Lawatan sepenuh hari di Kota Kaherah. Anda akan dibawa melawat ke Muzium Mesir, kubu Solahuddin Al-Ayubi dan Masjid Ali Basya. Anda juga akan dibawa melawat ke Masjid dan makam Imam Shafie serta Masjid Al-Azhar. Seterusnya anda akan dibawa ke Bazaar Khan El-Khalili di mana anda boleh membeli - belah di sini. |
| 4 |
KAHERAH / JEDDAH / MADINAH |
|
Selepas sarapan pagi di hotel, anda akan dibawa melawat ke Tugu Peringatan dan
Makam Presiden Sadat. Acara bebas sehingga waktu ke lapangan terbang untuk ke
Jeddah. Setiba di Lapangan Terbang King Abdul Aziz,Jeddah, para jemaah akan disambut oleh
petugas Asari Murni. Seterusnya jemaah akan meneruskan perjalanan ke Madinah dengan bas.
|
| 5 |
MADINAH AL-MUNAWWARAH |
| Anda akan dibawa menziarahi Masjid Nabawi seperti Maqam Rasulullah S.A.W serta Khalifah Abu Bakar Assiddiq dan Saidina Umar Ibni Al-Khatab r.a kawasan Al-Raudhah serta Perkuburan Baqi' tempat bersemadinya Saidina Uthman Affan RA, Ibrahim dan Rugaiyyah ( anak-anak Rasulullah SAW ), para isteri Baginda , para sahabat serta kaum keluarga Baginda SAW. |
| 6 |
MADINAH AL-MUNAWWARAH |
| Anda akan dibawa melawat ( ziarah luar ) disekitar kota Madinah seperti Masjid Quba, Jabal Uhud ( terdapat makam Saidina Hamzah RA dan lain-lain sahabat yang syahid ), Masjid Qiblatain ( Dua Kiblat ), Masjid Tujoh dan Medan Perang Kanda dan seterusnya berbelanja di Pasar Kurma |
| 7 |
MADINAH / MAKKAH |
| Anda akan melakukan Tawaf Widaq' sebelum berangkat. Anda disarankan memakai ihram kerana anda akan berhenti di Dzuihuiafah ( Masjid Bir Ali ) untuk bermiqat ( niat umrah ). Setibanya di Makkah, anda akan terus dibawa ke tempat penginapan. Seterusnya akan akan dibantu oleh Mutawif untuk menyempurnakan ibadah Umrah iaitu tawaf di Baitullah , sa'ie dan seterusnya bertahallul ( bercukur / bergunting ). |
| 8 |
MAKKAH |
| Anda akan dibawa melawat sekitar Makkah seperti Jabal Thur, Jabal Nur, Padang Arafah , Jabal Rahmah , Muzdalifah Masjid nameerah dan Khaif , Mina ( Jumrah al-Ula , Jumrah Al-Wusta dan Jumrah Al-Aqabah ) dan akhirnya bermiqat ( niat Umrah ) di Jaqranah. |
| 9 |
MAKKAH AL- MUKARRAMAH |
| Aktiviti bebas. |
| 10-13 |
MAKKAH AL-MUKARRAMAH |
| Aturcara seterusnya adalah bebas untuk anda memperbanyakkan ibadah, taubat,zikir, tasbih dan membaca Al-Quran di Masjidii Haram atau berurusan peribadi. |
| 14 |
MAKKAH / JEDDAH / KAHERAH |
| Anda diminta bersiap sedia untuk berangkat pulang ke tanah air. Anda diwajibkan menyempurnakan Tawaf Widaq' sebelum bertolak ke Jeddah. Jika berkesempatan ziarah sebentar di Bandar Jeddah sebelum ke Lapangan Terbang untuk meneruskan penerbangan ke Kaherah. Anda akan berlepas ke Kaherah mengikut jadual penerbangan yang ditetapkan. |
| 15 |
KAHERAH / KUALA LUMPUR |
| Anda akan transit sebentar di Kaherah sebelum meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur ( KLIA ). Anda akan tiba di KLIA mengikut jadual penerbangan yang telah diberi. |