PAKEJ UMRAH ZIARAH IRAN

Hari Aturcara
KUALA LUMPUR/TEHRAN
Jemaah dikehendaki berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang sekurang-kurangnya 03 jam sebelum berlepas ke Iran dengan penerbangan Iran Airlines pada pukul 11.00 malam.
TEHRAN / ISFAHAN
Jemaah dijangka sampai di Tehran pada jam 2.30 pagi. Selepas bersarapan, jemaah akan dibawa ke lapangan terbang domestik untuk penerbangan ke Isfahan dengan pesawat IR 237 pada jam 6.10 pagi. Jemaah dijangka sampai di Isfahan pada jam 7.10 pagi dan akan dibawa ke hotel untuk berehat. seterusnya jemaah akan dibawa melawat di sekitar bandar Isfahan termasuk lawatan di Imam square, Masjid Imam, Bazar tradisional, Sio-se pol dan Jambatan Khajoo. Bermalam di Isfahan.
3 ISFAHAN / SYIRAZ
Selepas sarapan, lawatan sepenuh hari di Isfahan. Jemaah akan dibawa melawat Masjid Jame'a, Istana Chehel Sotun, Jambatan Shahrestan, honar Bazaar dan Hasht Behesht Garden. Seteerusnya jemaah akan dibawa ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Syiraz dengan pesawat IR 329 jam 6.45 petang. Setibanya di Syiraz, jemaah akan terus dibawa ke hotel.
4 SYIRAZ / TEHRAN
Selepas sarapan, lawatan ke Persepolis dan Naghsh-e Rostam yang terkenal dengan khazanah arkeologi, dan Hafez Mausoleum. Seterusnya jemaah akan dibawa ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Tehran dengan pesawat IR428 jam 6.40 petang. Setibanya di Tehran jemaah akan dibawa ke hotel untuk bermalam.
5 TEHRAN
Selepas sarapan, lawatan sepenuh hari di Tehran. Antara tempat yang dilawati ialah Old Gate, Islamik Parliament . Bam - e Tehran, Sa'd Abad Palace-Museum, dan Muzium Khomeini.
6  TEHRAN
Jemaah akan dibawa ke Bandar Qom pada awal pagi untuk melawat Imamzaadch Masoumeh dan membeli belah di Bazaar. Makan tengahari dan makan malam di hotel. Seterusnya jemaah akan diminta untuk bersiap sedia dan dibawa ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Jeddah.
7 TEHRAN / JEDDAH / MADINAH
Penerbangan ke Jeddah adalah pada jam 12.30 tengah malam dengan pesawat IR 519. Setibanya di Jeddah, wakil Asari akan menyambut kedatangan jemaah dan seterusnya menguruskan perjalanan ke Madinah dengan bas. Setiba di Madinah, jemaah akan terus dibawa ke tempat penginapan.

Jemaah akan dibawa ke Masjid Nabawi untuk menziarahi Makam Rasulullah SAW serta para sahabat Baginda iaitu Saidina Abu Bakar RA, Saidina Umar RA dan perkuburan Baqi iaitu tempat bersemadinya para sahabat, keluarga serta isteri-isteri Baginda SAW.

8 MADINAH AL MUNAWWARAH
Insya Allah, jemaah akan dibawa menziarahi tempat - tempat bersejarah seperti Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Jabal Uhud di mana bersemadinya Saidina Hamzah RA serta para sahabat yang syahid dan akhir sekali singgah di pasar kurma sebelum pulang ke hotel.
9 MADINAH / MAKKAH
Wada'. Jemaah disarankan berpakaian ihram sebelum meninggalkan Madinah. Jemaah akan singgah di Dzulhulaifah (Masjid Bir Ali)untuk bermiqat dan berniat umrah. Seterusnya perjalanan diteruskan ke Makkah. Sebaik tiba di Makkah, jemaah akan terus dibawa ketempat penginapan. Mutawif akan membawa jemaah ke Masjidil Haram untuk mengerjakan tawaf di Baitullah, Saei, dan bertahallul (bercukur/bergunting).
10 MAKKAH AL-MUKARRAMAH 
InsyaAllah, jemaah akan dibawa menziarahi Jabal Thur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Mudzalifah, Masjid Nameerah dan Khaif, Jumrah Al-Ula, Jumrah Al-Wusta dan Jumrah Al-Aqabah di Mina(tempat melontar untuk jemaah Haji) dan singgah di Ja'ranah di mana anda boleh berniat di sini untuk menunaikan umrah.
11-12 MAKKAH AL-MUKARRAMAH
Aturcara seterusnya adalah bebas untuk jemaah memperbanyakkan ibadat, taubat, zikir, tasbih, dan membaca Al-Quran di Masjidil Haram atau berurusan peribadi.
13 MAKKAH AL- MUKARRAMAH/JEDDAH
Aturcara bebas pada waktu siang. Pada sebelah malam, jemaah diminta bersiap sedia pulang ke tanahair. Jemaah diwajibkan untuk menyempurnakan tawaf wida'. Jemaah akan bertolak dari Makkah ke Jeddah dengan menaiki bas.
14 JEDDAH/TEHRAN/KUALA LUMPUR
  Jemaah akan berangkat ke Tehran, pada jam 3.45 pagi dengan pesawat IR 518. Dijangka sampai di Tehran pada jam 8.30 pagi. Penerbangan seterusnya ialah ke Kuala Lumpur pada 11.30 pagi dengan pesawat IR 840. InsyaAllah jemaah dijangka sampai di KLIA pada jam 11.45 malam.

 

Copyright 2004 asarimurni.com. All rights reserved. Legal | Privacy